Monday 24 September 2012

Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)


Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza - Muara Hati (OST Adam & Hawa)







Lirik Lagu: Muara Hati - Hafiz ft. Siti Nurhaliza 

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia
Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

Korus:
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu
Hoo uuu..

Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang Korus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta..

Source: http://lagubestbest.blogspot.com/2012/08/muara-hati-hafiz-siti-nurhaliza-lirik-mtv.html#ixzz27MfQamIF


Friday 14 September 2012

1st Time Beraya di Rumah Mentua


Tahun ni 1st time beraya berdua. kali ni turn rumah mentua.Macam-macam perkara baru yang saya dapat. Gembira campur sedih. time sedih masa phone famili kat langat.huhhu. rase sebak sangat lebih-lbih lagi bila tak dapat nak pegi melawat kubur arwah abah. tapi doa ida untuk abah sentiasa bersama. semoga abah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. AMIN.


ada sedikit kenangan dikampung semasa raya 1433H/2012.

My Dad & Mother In Law


K. Ngah & famili


Me & husband



My Bro In Law & Niece


Big Family w/o K.Long Families


1st time bermaaf2an bersama


Sesi Bermaaf2an


Tuesday 28 August 2012

Dugaan bulan RAMADHAN 1433H

insiden ni jadi seminggu sebelum raya. selama ni dengar kat radio, tengok kat tv.tapi skang ni dah rasa sendiri bagaimana perasaan kena ragut.TRAUMA & CUAK.tulah perasaan yang sesuai digambarkan pada masa tu.



ceritanya begini:-

masa 2 saya n cik suami berdua naik moto dari rumah. konon nak buka pose kat luar. so pegilah ke Gombak. Restoran Pha Pha Seafood. lepas order kami pegilah jalan-jalan cuci mata kat pasar ramadhan yang ada kat situ. nak dijadikan cerita, saya tak pakai sweater pon (sebenarnya sebelum ni kalau gi kedai kat rumah pon pakai swaeter). maka terdedahlah sangat tangan yang ada gelang yang diangggarkan berharga  dalam 2K.

Balik dari pasar ramadhan tu, tiba-tiba ada moto dari sebelah kanan saya. saya terkejut dan panik. lepas tu rase gelang dah kena tarik. Cik suami pon tak sedar dan panik. kami x tau nak wat pe. Nak kejar, kebetulan waktu dah nak berbuka.so redha jelah.cakap ngan cik suami (sambil nangis) x yah la kejar, bukan rezeki saya.

Lepas berbuka saya dan cik suami terus gi balai wat report. dalam hati terasa betul kehilangan sebab gelang tu dah lama saya beli dari tahun 2007 lagi. tapi kalau bukan rezeki kita, wat cam mana pun tetap bukan kita punya..REDHA..tapi yang penting saya dan cik suami selamat.ALHAMDULILAH..


Moral of The Story:

1. sentiasa amalkan baca ayat kursi n doa naik kenderaan serta doa-doa yang sesuai - moga Allah pelihara dan selamatkan kita dari segala bencana atau dari orang yang berniat tak baik.  

2. pastikan sentiasa pakai sweater untuk cover kita punya badan. kalau boleh pakai sweater lengannya bergetah.

3. sentiasa peka dan bersedia dengan keadaan sekeliling (kalau boleh la).

Tuesday 7 August 2012

Majlis Resepsi Idris+Ida - 10.03.2012

last touch-up

banner yang lain dari lain

meja makan beradap

ayam golek yang buatku kelaparan..huhu

berarak dengan berdebar2

ateh+uncle din+kak yan

yang lovely brother & sis in law
                                     

coming soon


"bila nak start ni..lapar la.."


pengantin pose seblm makan

with hubby frenz

kita potong kek dulu


my dad & mum in law

diorang dah nk blik dah..huhu

sedey la..kene tinggal

acara rasmi - pengantin meny'umbang'kan sore

tetamu terakhir - TKP (KEM)

my new famili

my big happy new famili

location : bandar muar

i luv this pic

Friday 15 June 2012

Panduan Membeli Kenderaan Baru

dah lama juga x update blog buruk ni..heheehe.bukan tak ada masa tapi tak ada idea yang bernas untuk dikongsi bersama.  ;D





Semua orang ingin memiliki kenderaan sendiri. bergantung kepada kemampuan kewangan sendiri sama ada membeli kenderaan baru atau terpakai.membeli kenderaan baru menyeronokkan bukan sahaja dapat menikmati pemanduan secara selesa dan menyenangkan, tetapi jika tidak berhati-hati, kenderaan yang baru dibeli itu akan menimbulkan masalah.
ni ada beberapa tip dan sama-sama la kita berkongsi.


1.Ketika membuat tempahan

  • Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau bank deraf. Bayaran tunai tidak digalakkan.
  • Pastikan setiap bayaran yang dibuat diberikan resit rasmi syarikat serta merta sebagai mengakui penerimaan bayaran.
  • Pastikan borang tempahan diisi dengan betul seperti maklumat peribadi, maklumat pinjaman dan maklumat kenderaan.
  • Satu salinan yang lengkap dan ditandatangani hendaklah disimpan oleh pembeli.
  • Pembeli hendaklah membaca dan memahami keseluruhan terma dan syarat yang terkandung dalam borang tempahan.

2.Membuat pinjaman


    Ketika memohon pinjaman, serahkan dokumen-dokumen berikut :

  • Salinan borang tempahan rasmi syarikat pengedar.
  • Salinan fotokopi kad pengenalan yang dicatatkan perkataan 'untuk tujuan pinjaman dengan syarikat kewangan' bagi mengelakkan penyalahgunaan salinan tersebut.
  • Salinan fotokopi lesen memandu atau sekeping gambar.
  • Slip gaji terbaru bagi tempoh tiga bulan.
  • Penyata akaun simpanan/semasa/tetap
  • Borang cukai pendapatan.
  • Borang EA.
  • Surat perlantikan tawaran kerja.
  • Borang 9, 24, 49 M & A, resolusi syarikat (jika pembelian oleh syarikat).

    Apabila pinjaman telah diluluskan, sila ambil tindakan berikut :

  • Hubungi syarikat kewangan dan sahkan syarat-syarat kelulusan pinjaman seperti dicatatkan dalam surat jaminan seperti jumlah pinjaman, tempoh bayaran, kadar faedah dan jenis atau model kenderaan.
  • Semua dokumen mengenai perjanjian pinjaman ditandatangani di syarikat kewangan.
  • Tidak ada bayaran dikenakan bagi pengendalian proses pinjaman kenderaan.

    Pendaftaran Kenderaan

  • Pendaftaran kenderaan hanya boleh dibuat sekiranya :
  • Bayaran penuh harga kenderaan telah dibuat (bagi pembelian tanpa pinjaman).
  • Surat Akujanji dari syarikat kewangan dikeluarkan dan bayaran muka telah dijelaskan sepenuhnya.

    Untuk tujuan pendaftaran, kemukakan dokumen-dokumen berikut di  
    Jabatan Pengangkutan Jalan :

  • Salinan fotokopi kad pengenalan pembeli yang disahkan (dicatatkan perkataan ' untuk tujuan pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja'.
  • 2 salinan JPJ K1 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli.
  • Borang pelepasan tanggungan JPJ yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli dan juga ditandatangani oleh seorang saksi.
  • Surat jualan dari syarikat pengedar.
  • Dokumen perlindungan insurans yang berkuatkuasa yang diisi penuh dengan butir-butir pembeli dan kenderaan.
  • Surat tuntutan hak milik dari syarikat kewangan.
  • Resit tender nombor pendaftaran (jika ada).
  • Untuk mendapatkan pendaftaran segera, pembeli perlu hadir di Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Bayaran pendaftaran kereta, cukai jalan dan tuntutan hak milik termasuk dalam harga kenderaan yang diisytiharkan.
  • Bayaran tambahan dikenakan bagi kes-kes seperti :
  • Penukaran nombor pendaftaran yang melibatkan pengekalan nombor pendaftaran lama kepada kereta baru.

3.Semasa penyerahan kenderaan


   Apabila menerima kenderaan baru, sila pastikan :

  • Kereta tersebut sempurna dan memuaskan.
  • Perkakas dan aksesori lengkap dibekalkan.
  • Buku jaminan diisi dan dicop dengan cop syarikat wakil pengedar dan ditandatangani oleh pembeli.
  • Borang penyerahan rasmi syarikat pengedar kereta hendaklah ditandatangani oleh pembeli dan wakil syarikat pengedar dan satu salinan disimpan oleh pembeli.


Tuesday 17 April 2012

Terbaca artikel ni - Rasulullah SAW Mandi Bersama Isteri

Perkongsian untuk semua..
Sumber : Artikel iluvislam.com
Oleh : Ustaz Fathi Yusuf & Ustazah Ros Izanuri Jamaluddin


Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya. Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.

Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri. Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam –manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan yang bermaksud :
"Daripada Aisyah R.Ha berkata : aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)" 
(Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)

Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.

Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan;
"Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub." 
(Sahih Muslim : 482)

Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata. Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah 
(Sahih Muslim : 498). 
Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam.
Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok. Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau. Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW 
(Sunan An-Nasai : 239).

Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan. Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim. 
Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya. Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa 
(Mushad Ahmad : 25355).

Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran. Jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya. Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.

Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam. Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami. 

Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.
Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama. Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga. 
Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.

Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama. Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama. Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini. Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.

Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi 'alaihi wa sallam. Mudah-mudahan rakan-rakan semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga. Moga kita semua dirahmati Allah SWT.

p/s :  Renung2kan lah & Selamat beramal.. :D






Kesunyian



Dah lama rasanya tak update my blog ni. semakin hari semakin sibuk. 
bukan tak ada idea, tapi tak tau mana nak mula. macam2 dalam kepala ni. cuma x terluah je.

Sekaranag ni hidup dah semakin lengkap. yelah statuskan dah bertukar. 
dah jadi puan..hehehe.. 
tanggungjawab pun dah semakin bertambah.. pas ni lau dok sorg mesti rasa lain.
walaupun sebelum ni memg dah biasa tinggal sorang2.
mulai semalam, hidup ni rasa kesunyian  ~kesunyian la sangat~
yelah skang ni keseorangan, maklumlah cik abg berjuang mempertahankan negara..
(sebenarnya x la sunyi sangat..hehehe)
3 hari pergi berjuang. baru 2 hari kene tinggal dah rasa cam 2 tahun kena tinggal..tinggal 1 hari je lagi..pas ni kene la nyanyi lagu KD - Menghitung Hari.  :(

itu yang saya rasa..cik abg saya pe pulak yang dia rasa yek..(terpikir sejenak..)



Tuesday 20 March 2012

Status telah bertukar..

dah 18 hari status aku bertukar. dh jadi Puan Sherry. ;P dah lama rasenya tak berblog ni. sibuk sangat lately *sibok la sangat..heheehe. yelah..mane nak layan suami, diri sendiri lagi. lebih2 lagi kat umah dah x de cara untuk melayari internet. :(

ni ade la sket gambar yang ada untuk dshare ngan kawan2 sumer..silakan menjamu mata anda.

bersama kwn2 pejabat


bersama my beloved famili

antara kawan2 ku


senyum..


mulut senyum tapi hati berdebar2 2..


tengah berdebar nak jalan..huhuhu

nebes la..

dgn suami tersayang


 p/s: untuk lain2 gambar, akan diupload secepat mungkin..hehehehe







Friday 2 March 2012

24 hours only

24 jam saja lagi aku bujang. selepas itu akan bertambah lah tanggungjawab. tanggungjawab sebagai seorang isteri. bersediakah aku?? *x tau nak cakap bersedia dari segi ape..hehehee. hati ni makin berdebar2 terutamanya hari ni. yelah kan esok kan nak nikah. so far hari ni sume dah siap - bilik pengantin, khemah, doorgift tuk vip. cuma yang tinggal doorgift tuk tetamu je. harap2 dapat siap malam ni jugak. akan ku pulun dan kerah tenaga sepupu2 yang tersyang..hehehe. *jangan mare ek ;P


Untuk bilik pengantin dan hantaran, terima kasih yang terhingga kepada my lovely kak ipar - Rahayu Hashim untuk idea yang simple but nice. Tqvm.

Untuk my lovely famili dan kengkawn yang banyak membantu dari segi kewangan, tenaga mahupun idea, budi baik dan jasa kalian amatlah dihargai dan tak akan dapat aku lupakan. Terima Kasih tidak terhingga. *tersedih la plak..doa kalian amat2 aku harapkan untuk memikul dan menjalan tanggungjawab yang baru ini. AMIN

Monday 20 February 2012

11 hari lagi..

diam x diam tinggal 11 hari je lagi aku akan diijabkabulkan. cam x percaya plak.dalam hati ni Allah je yang tau. mane nak pikir pasal doorgift..baju..kasut..hish pening pala ni. sebut pasal kek, tiba-tiba semalam tanya dengan sepupu - Juelie yang beria2 nk sponsor kek tapi alih2 dia kata x pat datang kenduri. then tanya dia kek camner so dia ckp x pat buat..tiba2 aku jdi hangin n cam nak tukar jadi hulk plak. skang ni tgh pikir mana nak cari kek dlam tempoh 2 minggu ni. agak2 ada x kedai yang amik tempahan dalam masa 2 minggu ni. takut ade..menggelabah pon ade. harap2 adelah. AMIN.

cantik gak kek ni..

Tuesday 14 February 2012

Menghitung hari



source from google

Semalam gi amik borang nikah (yg telah disettlekan) kat Pejabat Agama Kajang. punyalah ramai orang.cam kat pasar pulak.. ;D baru aku tau ramai gak org nk kawin time2 ni.

no aku dipanggil..makin laju jantung aku berdegup..lagi2 tengok muka kerani kat kaunter 2, rase nk luruh jantung ni ke bawah. Rupa2nyer x da ape2 pun. sumenyer ok2 je. Alhamdulilah.


Bila dipikir2 balik, makin berdebar2 plak.. Yelah takut nk di'puan'kan.hheheehee.. Harap2 sumernyer berjalan lancar dan semoga majlis aku ni diberkati oleh ALLAH swt. dan juga jodohku berkekalan hingga akhir hayat. AMIN.

Monday 2 January 2012

Dugaan ker??

Mulai detik ini, tinggal kira2 x sampai 2 bulan lagi untuk aku meninggalkan zaman bujangku.tapi sejak2 kebelakangan ni aku selalu rasa yg adakah aku benar2 layak untuk dia..selalu rase cam dia x sayang aku lagi..cam aku ni saya yang beria2 dengan dia..selalu ada saja yang blh sebabkan kami bertengkar.walaupun perkara 2 kecil je..adakah ini yang dinamakan dugaan???